“Kami Masih Berkawan, Untuk Berkata Lebih Saya Tak Berani” – Syafiq Kyle Titip Doa Buat Mimi Lana Ketika Umrah

Hiburan

“Kami Masih Berkawan, Untuk Berkata Lebih Saya Tak Berani” – Syafiq Kyle Titip Doa Buat Mimi Lana Ketika Umrah

Pelakon berkaliber, Syafiq Kyle memberitahu bahawa hubungannya bersama aktres Mimi Lana masih berada dalam keadaan baik meskipun impian mereka untuk mendirikan rumah tangga tempoh hari tidak kesampaian.

Hubungan dengan Mimi berada dalam keadaan baik

Ujar Syafiq, dia dan Mimi Lana masih mempunyai projek lakonan bersama dan akan muncul dalam filem The Expert tidak lama lagi.

Advertisement

Apa yang terjadi masing-masing dapat melihat. Untuk menilai pula terpulang juga kepada masing-masing.

Alhamdulillah, kami masih berbaik dan berkawan tapi untuk berkata lebih saya berani. Selepas ini pun ada satu projek bersama, filem The Expert.

Titip doa buat Mimi ketika umrah

Katanya lagi, dia baru sahaja pulang dari ibadah umrah dan berdoa agar hubungannya bersama semua orang termasuklah Mimi Lana sentiasa berada dalam keadaan baik.

Bila ada pengharapan di dalam hati, disulamkan dengan doa. Selepas balik dari sana (umrah), saya sentiasa berdoa. Doa yang terbaik, tapi untuk beri kata putus saya bukanlah orangnya.

Antara salah satunya, saya doakan hubungan dengan semua, keluarga dan termasuk Mimi, Alhamdulillah. Kalau sayalah yang pegang ‘button’ makbul itu, mesti saya dah makbulkan. Tapi bukan saya pegang, sebab saya pun manusia. Saya boleh reda dan terima sahaja.

Terdahulu, majlis perkahwinan antara Mimi Lana dan Syafiq Kyle pada 18 Ogos 2023 telah dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diingini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

instafamous
8 months ago

Instafamous G*nt*ng Diri Ketika 'Live', Disyaki Cinta Dihalang Ibu Bapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...