“Kami Masih Berkawan Demi Anak” – 7 Tahun Bersama, Nad Zainal Sahkan Sudah Bercerai

Hiburan

“Kami Masih Berkawan Demi Anak” – 7 Tahun Bersama, Nad Zainal Sahkan Sudah Bercerai

Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama, pelakon hebat Nad Zainal mengumumkan bahawa dirinya serta suami, Muhammad Faliq mengambil keputusan untuk membuat haluan masing-masing.

Melalui laporan Berita Harian, Nad memberitahu dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan bersama Faliq, namun enggan mendedahkan tarikh penceraian.

Advertisement

Menurutnya pelakon terbabit, penceraian bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dilakukan tetapi mereka akhirnya mengambil keputusan tersebut dengan kata sepakat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Iya, kami sudah bercerai. Kami masih berkawan baik demi anak-anak.

Dalam pada itu, Nad yang merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata itu enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal ini dan cukup sekadar mengetahui status perkahwinannya kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah.

Sekadar info, Nad Zainal telah mengahwini pengurusannya iaitu Muhammad Faliq pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

nad zainal
3 years ago

"Kasihan Laki Kau Kak" - Netizen Dakwa Nad Zainal 'Tak Cukup Kain'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...