Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kami Masih Bahagia Bersama – Ayu Raudhah

Terkejut jugak Abang Nara dibuatnya apabila ada desas-desus yang menyatakan rumah tangga Ayu Raudhah dan Zaquan Adha sedang berantakan. Khabarnya ada kewujudan orang ketiga yang menyebabkan keretakan ini berlaku. Untuk makluman, mereka berdua berkahwin pada Januari 2011 jadi usia perkahwinan mereka belum mencecah setahun pun lagi.

ayu raudhah

Advertisement

Tambah teruk apabila khabar angin bertiup kencang menyatakan yang Ayu dan Zaquan sudah pun bercerai. Ish, ish. Teruk sangat tue. Tak mahu cerita tentang rumah tangganya diperkotak-katikan lagi, Ayu tampil memberi penjelasan yang dia masih bahagia di samping suami tercinta.

Saya tak tahu- menahu pun mengenai gosip berkenaan(kes rumah tangga). Terkejut juga bila dengar. Entahlah, orang senang-senang cakap mengenai rumah tangga kami. Kami masih bahagia bersama. Saya tak sukalah bila ada orang cakap perkara yang bukan-bukan, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan soal rumah tangga dan perkahwinan.

Marilah kita sama-sama doakan agar perkahwinan merpati dua sejoli ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sumber MediaHiburan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

78 Comments

  1. haters

    February 14, 2012 at 2:19 am

    padan lak muka..kalau betol pon apa salahnya….2lak oag berhati busuk kan. try runtuhkan rumah tangga biras sendiri….. skang kena… rasain lu.

Loading...
To Top