Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kami Mahukan Sis Sheila Rusly Dan Janna Nick Dalam Melodi Raya..” Peminat Tak Puas Hati Soalan Janna Pada Intan Liana

Tampil dengan tema ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ untuk tayangan sempena Syawal tahun ini, program hiburan terkenal Melodi nampaknya ternyata mencuri perhatian penonton apabila telah ‘menghubungkan silaturrahim’ antara Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh.

Namun, ada juga yang mengecam pendekatan Melodi kerana merasakan tindakan pengacara rancangan tersebut iaitu Janna Nick dan Awal Ashaari seolah-olah tidak sensitif apabila melontarkan soalan kepada Intan Liana.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Hasil tinjauan mendapati rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan soalan yang keluar daripada mulut Janna Nick ketika sesi curahan hati antara Izreen dan Intan itu.

Antara soalan yang didakwa tidak sensitif itu termasuklah ‘sudah jumpa pengganti atau belum’ kepada Intan Liana.

Intan Liana IzreenSumber : Google  

Disebabkan oleh hal itu, warga maya mula mempersoalkan mengapakah Melodi tidak menjemput Sheila Rusly dalam program tersebut dalam usaha untuk menghubungkan kembali silaturrahim bersama dengan Janna.

Advertisement

“Tak tahulah apa depa (pasukan Melodi) cakap sampai Intan itu setuju nak datang. Dekat YouTube semua tanya ‘awat tak jemput Sheila Rusly jumpa si Janna Nick tu..”

“Kami mahukan sis Sheila Rusly dan Janna Nick dalam #MelodiRaya..” tulis seorang lagi pengguna media sosial di laman Twitter.

Janna Nick Sheila RulsySumber : Google  

Terdahulu, Sheila Rusly dan Janna memang diketahui mempunyai hubungan yang sangat akrab dan sekaligus menjadikan penyanyi lagu Mungkin Saja itu pilihan utama untuk menjadi pelakon utama dalam setiap drama terbitan JS Pictures.

Namun, sekitar awal tahun 2019, kedua-duanya dilihat semakin renggang di atas sebab yang tidak diketahui sehingga kini.

Janna NickSumber : Google  

Kemelut itu bermula apabila Sheila telah memuat naik status di Instagram seolah-olah menyindir Janna namun telah dinafikan penerbit drama terkenal itu.

Jelas Sheila, apa yang terjadi antara dirinya dan Janna terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum kerana turut melibatkan ahli keluarganya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. tecit

    May 18, 2021 at 3:03 pm

    drpd jemput shiela baik laa gantikan je pengacara melodi tu dgn shiela rusly lg meriah rasenye tehehehe.

  2. ada bran JN

    May 18, 2021 at 10:53 am

    kalau temukan SR dgn JN, aku rasa depression JN tu terus masuk institusi mental x kuar2 dh

  3. Ijaa

    May 17, 2021 at 2:04 pm

    Bagus jgk panggil sheila rusly, jumpa janna nick, pandai sgt ckp kat org, kalau kena kat dia, jom kita tgk, dan dan kata sakit mental… Hmmm

  4. Anonymous

    May 17, 2021 at 1:48 pm

    Tak habis2 dengan provoke orang ya dik. Masa hari raya pula tu. Tolonglah improve lagi cara mengacarakan melodi, takpun minta tukar pengacara terus lagi ok.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top