Kami Mahu Jawa Rangers Kembali Di Hot FM

Hiburan

Kami Mahu Jawa Rangers Kembali Di Hot FM

jawa rangers

Pagi semalam disebabkan Abang Jem bercuti, kami pun alihkanlah radio ke Hot FM. Terkejut beruk kami bila tiba-tiba terdengar suara AG dengan Fafau dan FBI. Bukan AG sepatutnya slot petang ke dengan Kieran. Diorang kan Jawa Rangers. Takkan dipisahkan kot?

Advertisement

Cari punya cari info memang Jawa Rangers dah dipisahkan dah pun. Kecewa sangat-sangat diri ini. Kami tahu pihak pengurusan Hot FM tengah perah otak nak naikkan balik rating pagi Hot FM tapi janganlah sampai pisahkan Jawa Rangers. Kami berani jamin makin ramai pendengar yang blah dari Hot FM sebab dah Jawa Rangers dah tak ada lagi.

Pendapat kami ialah FBI dan Fafau dah tak best dah. Itu punca rating Hot FM jatuh terutamanya time pagi. Kami rasa Fafau dan FBI sebenarnya tak lawak tapi cuba untuk membuat lawak. Itu yang bila dengar celoteh diorang pagi-pagi terus tukar pergi radio lain. Tak dapat masuk dengan jiwa ini. Mungkin orang lain sesuai kot.

Apa-apa pun kami nak Jawa Rangers balik. Diorang berdua memang sangat-sangat serasi dan mantap. Gandingan yang best kenapa nak dipisahkan? Tolonglah pulangkan Jawa Rangers kami kembali. At least masa melekat kat jem time balik kerja boleh dengar lawak diorang. Tak gitu? Apa pendapat korang? Mesti ramai yang nakkan Jawa Rangers bersatu kembali kan?

victoria secret lingeri

P.S: Kepada suami-suami di luar sana, bersempena dengan World Cup 2010 nie baik korang hadiahkan baju tidur seksi Victoria’s Secret kat bini anda semua. Nanti senang sikit nak dapat line untuk tengok bola kat mapley. Gunakanlah vsHub Concierge untuk shopping lingerie dan baju tidur Victoria’s Secret dengan harga yang tersangatlah berpatutan buat isteri tercinta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...