Tak dinafikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara perkara penting yang patut dilalui oleh rakyat Malaysia. Sebelum menamatkan alam persekolahan, kita semua akan menduduki peperiksaan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.
Sebelum ini tular apabila pelajar-pelajar menduduki SPM melancarkan satu petisyen untuk menurunkan markah lulus subjek Matematik Tambahan kepada markah 5%. Tak cukup dengan itu, satu lagi petisyen dilancarkan.
50 marks for A+ Sejarah SPM 2019
Sejarah Kertas 2 dan 3 sangat mengarut. Tak ada KBAT untuk kertas 2 macam sepatutnya. Sampai hati KPM tukar format untuk sejarah kertas 3? Calon SPM terseksa sejak hari pertama SPM. Dengarlah suara kami.
Ramai yang tak berpuas hati dengan kedua-dua petisyen yang dilancarkan kerana bunyinya sangat tak masuk akal. Belum pernah lagi, calon-calon SPM sebelum ini meminta permintaan yang bukan-bukan untuk permarkahan SPM.
“Tulah malas baca buku, buat latihan, asyik post di social media 24 jam.”
Tula malas baca buku, buat latihan asik post di socmed 24/7 bg tau ada hw laa apa laa buat tk pun pastu amboii 50 markah untuk A ya, manja betul, bila nak tunjuk potensi diri? kalau mcm ni, nanti usaha pun mula la kurang pastu malas.
— ???? ???? ???? ?? (@Aleaavendaa) November 26, 2019
“Sepanjang aku hidup, aku tak pernah mintak gred turun.”
Sepanjang aku hidup, aku tak pernah mintk gred turun. Mind set aku “nak dpt A kne 70%” even cikgu ckp “nnti SPM gred turun”. Tpi aku xcaye.
— T?ngo (@hanglipur01) November 25, 2019
“Jangan la buat macam ni penat penat aku hafal buku teks siap buat nota lagi, korang senang je nak minta 50 dah A+.”
Jangan la buat macam ni penat penat aku hafal buku teks siap buat nota lagi, korang senang je nak minta 50 dah A+. Nanti bila aku dapat A+ mesti orang cakap eleh 50 dah A+ senang aaa dapat . Sedangkan aku usaha bagai nak rak hafal sejarah
— aido | ??? ???? (@aydofi) November 26, 2019
“Sejarah tak susah pun lah.”
astagaaa sejarah tak susah serious tawakal dah lah kalau 70 A+ boleh terima lagi malu aku jadi batch 02 ish
— deeeeee ? (@deeliooooo) November 26, 2019
Sebelum ini juga, tular di media sosial video sekumpulan pelajar sekolah merosakkan meja dan kerusi pada hari terakhir persekolahan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Pelajar Pecahkan Kerusi Dan Meja Pada Hari Terakhir Persekolahan