Anak kepada pelakon dan pengacara terkenal Sharifah Shahirah, iaitu Auddra Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Oddah, tampil menafikan dakwaan kononnya Hadie, anak kepada penyanyi Ina Naim, telah bermalam di rumahnya baru-baru ini.
Menurut Oddah, spekulasi yang tular di media sosial itu tidak benar sama sekali dan berpunca daripada salah tafsir netizen terhadap situasi sebenar.
Oddah menjelaskan perkara itu ketika ditemui di program MeleTOP, yang berlangsung di Astro Bukit Jalil pada Selasa.
Katanya lagi, Hadie hanya singgah sebentar di rumahnya sebelum dihantar ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk pulang ke Johor.
Kami tidak berseorangan, ibu bapa Ammar pun ada dalam rumah tu, kami tahu limit kami di mana.
Saya dan sepupu lelaki saya yang hantar Hadie ke TBS. Bapa saya yang suruh Hadie datang ke rumah sebab tak nak saya keluar rumah orang lain.
Hadie dan Ammar memang dialu-alukan datang ke rumah, tapi kami semua lepak di ruang tamu sahaja, bukan dalam bilik. Bilik saya bilik perempuan. Saya tak pernah benarkan kawan lelaki masuk pun kecuali sepupu saya sendiri.
Mereka tak pernah masuk bilik saya, kami semua hanya lepak di ruang tamu sahaja termasuk ketika melakukan sesi live bersama.
Tambahnya lagi, mereka menghantar Hadie ke terminal kerana tidak mahu dia menaiki pengangkutan awam pada jam 3 pagi.
Terdahulu, tular dakwaan bahawa Hadie tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakan-rakannya, sekali gus menimbulkan kebimbangan ibunya, Ina Naim, yang menyangka anaknya menumpang tidur di tempat lain termasuk di rumah Oddah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
