Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pemasaran dan Promosi Jakel Trading Sdn Bhd, Muzaffar Jakel, tampil menjelaskan pemilihan seorang pelakon popular sebagai wajah kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya Jakel 2026.
Muzaffar atau mesra disapa MJ menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat atas dasar profesional dan bukan bertujuan melagakan mana-mana pihak, seperti yang didakwa susulan pelbagai spekulasi yang timbul selepas pengumuman dibuat.
“Sebenarnya kami melamar semua artis yang kami rasakan mempunyai rekod peribadi yang bersih dan tidak terpalit dengan sebarang masalah.”
“Tiada sebarang niat untuk melagakan mana-mana pihak. Saya dan pasukan buat ini adalah semata-mata untuk kempen Jakel.”
“Pemilihan dia bukan sebagai duta, tetapi kontrak sebagai kolaborasi eksklusif Koleksi Raya 2026. Pihak kami menyediakan reka bentuk, namun idea keseluruhan datang daripada dia sendiri.”
“Kami juga tiada sebarang niat memilih dia dengan tujuan mahu mencetuskan isu.”
Dalam pada itu, Muzaffar turut memaklumkan bahawa perbincangan mengenai kolaborasi bersama pelakon wanita tersebut telah berlangsung sejak beberapa bulan lalu dan bukan dibuat secara tergesa-gesa.

“Perbincangan telah dibuat sejak tujuh atau lapan bulan lepas. Ada juga duta sebelum ini yang menyambung kerjasama dan ada juga yang tidak. Ini bukan soal balas dendam atau apa-apa niat lain.”
Bagi musim perayaan tahun ini, Jakel turut memilih untuk bekerjasama dengan lebih ramai selebriti termasuk memperkenalkan koleksi khas bersama duta dalam kalangan generasi Gen Z.
Terdahulu, pelakon wanita berkenaan diumumkan sebagai wajah kolaborasi eksklusif Koleksi Raya 2026 oleh jenama tekstil dan fesyen terkemuka tanah air itu. Bagaimanapun, susulan pengumuman tersebut, timbul dakwaan segelintir pihak yang mendakwa Jakel sengaja mengambil kesempatan memandangkan pada tahun lalu jenama berkenaan memilih bekas suami aktres tersebut sebagai duta.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
