Baru-baru ini, anak kepada pengasas Al-Arqam iaitu Assari Muhammad yang dikenali sebagai Khaulah tampil bersuara dengan menyatakan pengikut GISBH sudah tidak lagi mengikut amalan kumpulan itu yang sudah difatwakan sebagai sesat.
Difahamkan dari laporan mStar, Khaulah turut mendedahkan beberapa perkara susulan video tular yang memaparkan ahli GISBH mengagungkan Abuya.
Berhubung video tular ahli GISBH yang mengagungkan Abuya atau Asaari Muhammad, Khaulah berkata ia merupakan rakaman tahun 2011 yang kembali tular di media sosial. Itu adalah video lama sebelum kami melalui kursus pemulihan selama 500 jam, proses istitabah dan sebagainya. Tetapi video itu keluar sekarang sedangkan ia sudah lama berlaku.
Dalam pada masa yang sama, pihak peguam yang mewakili GISBH menafikan dakwaan bahawa pengikut syarikat itu merupakan pengganas, selain mahu individu yang disiasat diadili dengan telus kata jurucakapnya, Datuk Rosli Kamarudin.
GISBH dan yang disiasat merayu agar siasatan dijalankan dengan adil dan saksama. Biarlah PDRM dan kerajaan menyelesaikan siasatan mereka manakala hak undang-undang GISBH akan diurus pasukan peguam dilantik.
Sekadar info, 16 individu termasuk Ketua Pegawai Eksklusif GISBH telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).