Baru-baru ini salah seorang anggota kumpulan Forteen, Ameerais menafikan tuduhan bermasam muka dengan bekas ahli kumpulannya, Izzue Islam. Sebaliknya, berasa syukur kerana Izzue telah setuju untuk tampil dalam single terbaru mereka.
Demi peminat
Menurut Ameerais, idea untuk mengeluarkan single tersebut sudah lama. Namun, mereka yang berada dalam kumpulan Forteen ini berasa tidak lengkap dengan ketiadaan Izzue. Oleh itu, mereka telah menawarkan tawaran kolaborasi tersebut kepada Izzue dan diterima.
Ketika berbincang sesama Forteen, rasa tak lengkap kalau hanya bertiga, jadi kami ajak Izzue Islam sekali untuk jayakan projek ini. Dia pun setuju dan berminat, kami lakukan ini semua demi peminat.
Izzue sudah buat haluan dia dan tidak bersama Forteen lagi. Nama tidak penting, yang jadi keutamaan adalah keberadaan kami berempat.
View this post on Instagram
Racangan kembali berempat
Pada masa yang sama, ketika ditanya berkenaan perancangan untuk mengajak Izzue untuk kembali mengjadi anggota Forteen, Ameer berkata bahawa dirinya tidak memaksa dan menyerahkan perkara tersebut ke tangan Izzue sendiri.
Itu terserah kepada tuan badan (Izzue). Kami mahu keluarkan lebih banyak lagi lagu bersama.
Perancangan untuk pujuk Izzue kembali belum ada, insyaAllah kita serahkan pada aturanNya. Kalau ada rezeki kerja dengan Izzue, mengapa tidak kan.
View this post on Instagram
Terdahulu, setelah emam tahun menyepi, Forteen telah tampil mengeluarkan lagu baru mereka bersama Izzue bertajuk Noktah Epilog Cinta. Lagu tersebut dikeluarkan sebagai hadiah buat para peminat yang lama menunggu kemunculan mereka bertahun-tahun.