Setelah beberapa bulan hilang tanpa khabar berita, pengendali Instagram ‘influencer’ The Family UK akhirnya mengemaskini keadaan terbaru personaliti cilik kesayangan ramai, Fatimah Omar Mukhlis.
Sebelum ini, Fatimah dilaporkan dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatan yang agak membimbangkan dan tidak aktif mengemas kini media sosial sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengikut keluarga itu.
Dalam video pendek terbaru itu, keluarga Fatimah merakaman keadaan terkini gadis remaja itu yang kelihatan semakin sihat selain penampakan nenek dan datuknya yang turut berada bersama-sama memberikan sokongan buat Fatimah.
Dengan rahmat Allah, kami kembali setelah menghadapi masa-masa paling sukar bersama. Terima kasih kerana membawa kami melihat dari sisi lain.
Kita akan melangkah ke tahun hadapan ini dengan berganding bahu. Semoga Allah mengiktiraf ketabahan yang ditunjukkan setiap daripada kita, dan membuka jalan ke tahun 2025.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menitipkan doa agar Fatimah terus dikurniakan kesembuhan dan ketabahan.
Terdahulu, Fatimah dimasukkan ke hospital sejak Mac 2024 dan pernah mengikuti prosedur biopsi. Ibu Fatimah, Nor Ashila ada memohon maaf kerana belum bersedia untuk berkongsi dengan umum secara terperinci.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.