Kami Kambing Hitam – McDonald’s Malaysia

Trending

Kami Kambing Hitam – McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia berkata mereka adalah ‘kambing hitam’ kepada individu-individu yang memboikot mereka kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan Israel.

Advertisement

Beberapa francais mereka di seluruh negara telah terdedah kepada vandalisme, sementara staf-staf mereka diganggu berikutan tuduhan telah menyalurkan dana dan membantu Israel di atas kekejaman rejim Zionis terhadap Gaza.

“Semua pekerja kami yang merupakan warganegara Malaysia terpaksa mengharungi gangguan, ugutan dan cacian. Beberapa restoran francais kami telah terdedah kepada vandalisme sehingga kami tidak mempunyai pilihan kecuali untuk menutup dan memberhentikan operasi kami untuk hari itu,” kata mereka di dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat.

“Realitinya, staf-staf dan francais kami tidak bersalah dan tindakan ini secara dasarnya tidak adil untuk mereka dipersalahkan,” tambah mereka yang juga menyatakan tindakan memboikot adalah hak individu dan meminta untuk tindakan tersebut dilakukan secara tenang.

“Kami faham dan menghormati tindakan untuk memboikot adalah merupakan hak setiap invididu, namun kami kecewa McDonald’s Malaysia dengan tidak adil dijadikan sasaran. Kami menggesa rakyat Malaysia untuk bertenang dan mengelak daripada melalukan tindakan yang akan memudaratkan mana-mana pihak.”

Rangkaian restoran makanan segera ini sekali lagi menegaskan bahawa tiada hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada mereka yang disalurkan kepada mana-mana aktiviti politik atau konflik di seluruh dunia.

“Kami ingin menegaskan sekali lagi pendirian kami bahawa McDonald’s Malaysia tidak menyalurkan sebarang hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restoran kami untuk menyokong mana-mana aktiviti politik mahupun konflik di seluruh dunia. Kami telah secara konsisten dan telus menyuarakan pendirian kami, tetapi malangnya maklumat itu telah disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu.”

McDonald’s juga telah menyuarakan sokongan mereka untuk keamanan dapat dicapai di Gaza.

“Kita semua adalah rakyat Malaysia dan kita berkongsi matlamat yang sama. Mari kita bertoleransi dan saling menghormati pendirian masing-masing. Tetapi apa yang lebih penting, kita harus terus berdoa dan berharap agar konflik di Gaza berakhir dan keamanan dapat dirasai oleh mereka.”

Pada Selasa, akhbar Sinar Harian melaporkan protes ganas telah dijalan di dua cawangan McDonald’s di Kerteh dan Dungun, yang mengakibatkan kira-kira 80% kerugian di kedua-dua restoran tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...