Written by Bella | December 17th, 2018

Siapa sangka dalam diam, timbul bibit percintaan antara pelakon kacak, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson. Tidak dinafikan, ramai yang memuji pasangan ini sangat sesuai dan sepadan bersama.

Akhirnya membuka mulut mengenai hubungan istimewanya bersama Zahirah, Aiman memberitahu mereka berdua jujur dan ikhlas dengan hubungan yang terjalin ini. Namun, Aiman masih belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut bagaimana mereka boleh terpaut hati antara satu sama lain.

Setiap apa yang kita lakukan perlu jujur dan saya ikhlas dengan apa yang saya buat. Jika ditanya mengapa saya memuat naik gambar kami berdua di Instagram sebelum ini, ia kerana hubungan saya dan Zahirah jujur.

Ditanya mengenai Aiman, Zahirah menyifatkan aktor itu sebagai jejaka terbaik yang ditemuinya.

Kami masing-masing menemui yang terbaik. Seperti Aiman, saya juga jujur dalam hubungan ini.

Nampaknya pasangan ini sudah semakin terbuka mempamerkan kemesraan mereka. Semoga percintaan mereka ini berkekalan dan terus bahagia.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : MIG ONLINE

20 responses to Kami Jujur Dengan Hubungan Ini – Aiman Hakim Ridza

  1. nok gebuzzz says:

    sama cantik sama padan…harap jodoh korang berpanjangan….

    65

    0
  2. Anonymous says:

    sepadan. moga berjodohan ye.

    31

    0
  3. Anonymous says:

    Aku syak dorang nak kahwin tak lama lg. Kalau betul, Alhamdulillah. Kalau gimik je, Alhamdulillah jugak. Ada can lg la jejaka-jejaki di luar sana. Kiki.

    19

    0
  4. Peah says:

    Mohon Fathia Latif jangan MEROYAN..

    26

    0
  5. noendingname says:

    Suka tgok dorang berdua..

    20

    0
  6. anon says:

    apa jadi kat iruwan si ketot kaya? no wonder zahirah tak pernah up gmbr iruwan..

    6

    0
  7. Anonymous says:

    bagus Zahirah bole jugak bawak bf pegi majlis, amik gambar sama2..

    kalau dulu dgn si Jul tu, semua tak bole tayang! mereputz je! takot benor saham dia jatoh,entah ape2 lah!

    skarang, dia pon sendu je. harap kan badan mcm peti ais! good job Zahirah, awak patut pon dpt yg lebih baik!

    79

    0
    • Anonymous says:

      Kan? Aku minat je Zul tu tp bab2 dia dgn zahirah mmg xsetuju la. zahirah deserves better. dgn zul ni smua benda nak rahsia. padahal dah 30-an. semak jgk otak kalau nak berahsia sgt.

      15

      0
  8. Anonymous says:

    Muka zahirah berseri-seri nampak la yg dia happy sgt klu nak dibandingkan dgn dulu kesian tengok ikut je telunjuk si zul tu, byk makan hati

    28

    0
  9. Springle says:

    Aamiin….

    5

    1
  10. Anonymous says:

    bagus lagi dgn aiman ni… gentlemen lah org kata… ade gf ckp dah ade… takde ckp takde… banding dgn si jul tu harap badan jer besar

    20

    0
  11. enni says:

    sama cantik sama padan…..moga kekal hingga ke jinjang pelamin…

    7

    0
  12. Kak perihatin says:

    Zahirah Dan Aiman nampak sweet kalau tak pegang tangan sebelum nikah…please….jalan sama-sama Tanpa pegang tangan….

    6

    0
  13. CariGosip says:

    btw, aiman ni job dia apa ek? selain drpd fmly kaya la.. sbb dia xde job blakon sgt kan?

    suka tgk both,wlu terkejut igtkn gimik memula..

    1

    4
    • Akak Kantin 2.O says:

      Kene cari lagi ni…kalo nak tau lanjut kene la tgk iG para artis ni..kat iG para artis selalu updated job deorg…Sebab dkt BN ni xde info details pasal artis punya job…
      p/s : sila cari lebih gigih lagi..

      3

      0
    • Cik Manggis says:

      Aiman ni ade je drama die..model untuk baju berjenama jugak..yg tu pun dh masyuk..mgu depan ade drama Aiman kt astro ria..drama dgn hana delisha…
      kalau nk tgk artis de job ke tidak pg kt Ig ade je dieorg updte activitie…psgan yg sesuai nmpk sgt zahirah hppy dgn aiman dlu dgn abam sado nyorok2..abam sado takut kak gayah opsss hehe

      4

      0

Leave a Comment

Optional