Siapa sangka dalam diam, timbul bibit percintaan antara pelakon kacak, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson. Tidak dinafikan, ramai yang memuji pasangan ini sangat sesuai dan sepadan bersama.
Akhirnya membuka mulut mengenai hubungan istimewanya bersama Zahirah, Aiman memberitahu mereka berdua jujur dan ikhlas dengan hubungan yang terjalin ini. Namun, Aiman masih belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut bagaimana mereka boleh terpaut hati antara satu sama lain.
Setiap apa yang kita lakukan perlu jujur dan saya ikhlas dengan apa yang saya buat. Jika ditanya mengapa saya memuat naik gambar kami berdua di Instagram sebelum ini, ia kerana hubungan saya dan Zahirah jujur.
Ditanya mengenai Aiman, Zahirah menyifatkan aktor itu sebagai jejaka terbaik yang ditemuinya.
Kami masing-masing menemui yang terbaik. Seperti Aiman, saya juga jujur dalam hubungan ini.
Nampaknya pasangan ini sudah semakin terbuka mempamerkan kemesraan mereka. Semoga percintaan mereka ini berkekalan dan terus bahagia.