Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kami Juga Manusia Biasa, Ada Masa Penat..” Shakilla Khoriri Sedih Dituduh Sombong Tanpa Sebab Oleh Peminat

Shakilla Khoriri

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa terkilan apabila dirinya dituduh sombong tanpa sebab oleh sesetengah individu yang terserempak dengan dirinya ketika berada di luar seorang diri ataupun bersama keluarga.

Shakilla KhoririSumber : Google  

Menurut Shakilla, dia menerima banyak mesej peribadi di media sosial yang menyatakan dirinya bersikap sombong dan ‘kekwat’ apabila bertembung dengan peminat.

Advertisement

Berasa hairan dengan tuduhan tersebut, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali ini menjelaskan bahawa ada kalanya dia tidak menyedari orang yang berada di sekeliling kerana memberi tumpuan kepada anak kecilnya, Ameena Sofia.

Shakilla KhoririSumber : Instagram Shakilla Khoriri  

“Banyak sangat dekat DM yang kata nampak saya dekat sini, sana..tanya kenapa nampak sombong. Apa maksud you, I sombong? dah la pakai face mask, korang pun tak tahu reaksi muka i macam mana. Kalau dengan Ameena, memang fokus I 100 peratus dekat dia. JadiI tak akan perasan orang di keliling sangat. Kalau ada yang sempat, i senyum, Janganla expect I senyum 24 jam.”

Sehubungan dengan itu, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri ini tampil meminta semua pihak agar memahami situasi pada ketika itu dan beranggapan mereka juga manusia meskipun bergelar artis, ada kalanya penat menghadapi hari-hari seperti orang kebanyakan.

Pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador ini mencurahkan isi hatinya itu menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

“I bukan marah, tapi cuba korang beritahu apa yang korang nak bila berjumpa selebriti di luar. Apa yang you nak kami buat? Kami juga manusia biasa, ada masa penat. I tahu, mesti ada yang kata I kekwat.” ujarnya lagi.

Sekadar info, Shakilla telah mendirikan rumah tangga bersama Fizi pada 18 Februari 2018 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia setahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top