“Kami Juga Ada Aib Nak Kena Jaga…” – Sweet Qismina Dan Adam Lee Elak Ulas Isu Rumah Tangga Rakan Selebriti

Hiburan

“Kami Juga Ada Aib Nak Kena Jaga…” – Sweet Qismina Dan Adam Lee Elak Ulas Isu  Rumah Tangga Rakan Selebriti

Kontroversi antara rumah tangga selebriti telah menjadi bualan ramai kerana isu penceraian yang kian meningkat.

Memetik dari Mstar, pasangan pelakon, Sweet Qismina dan Adam Lee mengatakan mereka lebih selesa untuk tidak mengulas isu berkenaan dan memilih untuk berdiam diri.

Advertisement

Sweet berkata dia percaya menjaga kisah peribadi sendiri lebih penting agar tidak terpalit dengan kontroversi.

Apa-apa sahaja yang berlaku dalam industri sama ada kawan baik atau tidak kami ambil pendirian tidak mahu kongsi atau sokong mana-mana pihak.

adam lee dan sweet qismina

Kami juga ada aib nak kena jaga dan rezeki Allah tengah jagakan. Kalau boleh tak mahu rosakkan apa yang kami ada sekarang.

Adam Lee turut berkata dia bersetuju dengan pendapat isterinya kerana bimbang sekiranya mereka akan berdepan dengan situasi yang sama kelak.

Kita tak tahu apa yang berlaku dalam hubungan kami. Semua itu ketentuan Allah. Lagipun industri ni kecil sahaja. Nanti akan jumpa orang yang sama.

Sekadar info tambahan, Adam dan Sweet baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua pada 24 Oktober yang lalu.

Cik Epal
2 months ago

“Jangan Sentuh Barang-Barang Aku Lah” - Cik Epal Dedah Barangnya Digunakan Tanpa Izin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...