August 14th, 2017

Setelah kakak dan bekas suaminya mengeluarkan kenyataan mempertahankan dirinya, pengusaha kosmetik terkenal, Joy Revfa telah tampil untuk menjernihkan keadaan menerusi satu status terbaru di Instagramnya. Joy Revfa telah meminta semua pihak agar tidak perlu mendengar pendapat pihak lain dalam kemelut rumahtangganya dengan Hafiz Hamidun. Biasalah bila ada benda-benda macam ini, masing-masing nak pertahankan keluarga masing-masing.

joy revfa

Menurut Joy, biarlah hanya kenyataan rasmi daripadanya dan Hafiz Hamidun menjadi jawapan kepada semua tanda tanya. Tulis Joy Revfa:-

Mohon tak perlu dgr mana2 pihak walaupun keluarga, kawan2 & bekas suami (Ray) berniat utk lindungi & mempertahankan saya.. Saya mohon sekali lagi tak perlu lg ada yang tulis atau dengar anggapan negatif apa2 tentang dia (Hafiz) mahupun saya..

Kerana kuatir lebih mengeruhkan lagi keadaan. Biar lah saja kami umumkan kenyataan rasmi masing2 nanti tentang kami berdua.. kami ingin ianya berlalu dengan apa adanya & tanpa bersengketa.. Harap semua dapat memahami & bawa bertenang.. Biarkan kami menjalani hidup dengan tenang & fokus dgn kerjaya masing2.
.

Apa yg terjadi biarlah saya & dia (hafiz) saja yg tahu.. Sesungguhnya semua yg terjadi ini adalah ketentuan Allah swt.. Saya hanya mampu bertawakal & berdoa semoga semuanya dipermudahkan.. kita hanya mampu merancang namun semua nya Allah swt yg tentukan.. Let it be & trust the process.
.
(mohon jgn salah faham juga terhadap keluarga yg ingin melindungi kerana mereka sentiasa bersama saya & merasai sendiri situasi yg saya hadapi..)

joy revfa

Betul kata Joy Revfa tue. Sedikit sebanyak jika kita mempunyai hubungan dengan seseorang, pendapat kita akan bias. Namun diharap Joy serta Hafiz tidak menunggu terlalu lama untuk membuat penjelasan. Takut-takut makin banyak spekulasi kurang enak yang bertebaran. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada mereka berdua.


Comments are closed.

Loading...