“Kami Ingin Beri Semula Pada Masyarakat..” – Bulan Bintang Peruntukan RM200K Untuk Kempen CSR, Tawar 20 Pemenang Pakej Umrah

Kehidupan

“Kami Ingin Beri Semula Pada Masyarakat..” – Bulan Bintang Peruntukan RM200K Untuk Kempen CSR, Tawar 20 Pemenang Pakej Umrah

Pengasas jenama baju Melayu tempatan terkenal, Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid Azmi baru-baru ini mendedahkan mereka telah memperuntukkan lebih kurang RM200,00 untuk Kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang.

Ringankan beban golongan memerlukan

Menurut Azzim, tahun ini fokus utama bagi jenamanya adalah bagi membalas budi dengan memberi semula kepada masyarakat dan meringankan beban mereka yang memerlukan seperti golongan miskin, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Advertisement

Ini adalah kali pertama secara besar-besaran, tahun ini kami ingin memberikan semula kepada masyarakat.

 

Ada beberapa siri activation telah dilakukan sepanjang kempen tahun ini termasuk bersama OKU cacat penglihatan, ibu tunggal, miskin luar bandar, pelajar dan anak-anak yatim.

 

Untuk kempen ini kami belanjakan antara RM150,00 hingga RM200,00 termasuk pek bantuan makanan dan baju raya.

Cabutan bertuah pakej umrah

Bukan itu sahaja, Azzim turut mendedahkan pihaknya juga sertakan hadiah pakej umrah kepada 10 orang pemenang bertuah yang bernilai RM12,080 setiap pakej. Tambah pangasas Bulan Bintang ini lagi, pada awalnya mereka hanya menawarkan lima pemenang namun disebabkan menerima sambutan yang meriah, mereka kini menawarkan 10 pakej untuk 20 orang pemenang.

Pada mulanya kami hanya menyediakan lima pemenang untuk pakej umrah di mana setiap pakej boleh bawa pasangan. Namun sambutan sangat menggalakkan dan perasaan dapat tunaikan umrah itu sesuatu yang sangat berharga.

 

Disebabkan itu kami tawarkan 10 pakej umrah di mana 20 orang akan berpeluang untuk tunaikan ibadah umrah. Harga bagi satu pakej ialah RM12,080 dan menjadikan jumlahnya RM241,600.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terrrrpaling Raya (@terrrrpalingraya)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Prima Valet
1 month ago

"Kualiti Kain Kami Tak Pernah Ada Masalah" - Prima Valet Ambil Redza Rosli Jadi Duta, Netizen Kata Dah 'Tapau' Jenama Elrah, Bulan Bintang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...