Kami Ingin Berdamai Dengan Rita Rudaini – Zaquan Dan Ayu Raudhah

Hiburan

Kami Ingin Berdamai Dengan Rita Rudaini – Zaquan Dan Ayu Raudhah

Episod perselisihan faham antara Rita Rudaini, Zaquan Adha dan Ayu Raudhah seolah-olah tiada penghujungnya. Selaku peminat, pastinya ramai yang berharap mereka bertiga dapat berdamai. Walaupun nampak mustahil, semalam menerusi Pancaindera, Zaquan dan Ayu melahirkan rasa ingin berbaik dengan kakak iparnya itu.

berdamai rita

Advertisement

Ini sememangnya satu langkah baik yang harusnya dipuji. Kadang-kala pertelingkahan berlaku kerana kenyataan yang dikeluarkan tidak sama dengan apa yang ditulis melalui media. Kata Ayu Raudhah:-

Saya tak nak bagi kenyataan lagi lepas ini sebab kadangkala apa yang saya cakap itu tak sama apa yang ditulis di akhbar. Jadi maksud sebenar yang nak saya sampaikan itu tak tercapai. Contohnya, dalam satu ayat itu ditulis ada perkataan yang berpotensi nak provokasi pihak sana. Hah, itu yang cetuskan masalah sebab boleh tambah keruh keadaan. Jadi, bila dah diterbitkan, pihak sana pula terasa. Kemudian dia buat kenyataan balas. Tak kiralah sama ada di Twitter atau medium mana pun. Kalau macam itu, bila boleh selesai masalah.

ayu rita

Ada benarnya juga kata-kata Ayu ini. Menurut Ayu, ada kalanya dia terasa ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka. Mungkin ada pihak yang tak mahu melihat kebahagiaan mereka kot. Apa pun Abang Nara terharu dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Zaquan ini:-

Prinsip saya cukup mudah. Saya tak suka orang pijak nama baik keluarga. Cakap yang bukan-bukan tentang keluarga saya. Jadi dalam masalah macam ini, berdamai adalah jawapannya. Jujurnya, saya dah letih bila orang cemuh bila isu ini dibangkitkan. khlas dari lubuk hati, saya teringin nak berkenalan lebih rapat dengan kakak ipar saya itu. Saya juga nak tengok kami sekeluarga duduk satu meja, berborak, bergurau. Itulah impian saya.

Semoga impian Zaquan ini akan tercapai. Kalau niat itu memang ikhlas, pasti Allah akan tunjukkan jalan. Sama-sama kita doakan.

P.S: Kisah cinta yang tulus dalam 22 gambar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

132 Comments

  1. eina

    September 18, 2012 at 10:01 am

    klw mereka nk berbaik apa salahnya, yg peminat fanatik rita x payah nk jd batu api.. biarlah dgn statement dieorg.. mereka ikhlas ke x antra mereka dgn tuhan.. kita doakan jelah yg terbaik.. saya mengharap sgt aidil & rita berbaik, mereka ada ank yg perlukan kasih sayang.. mereka x kn lg erti khdpn tnpa ayah.. harap aidil +ve think, pmpn2 yg ada kaitan sblm ni lupakanlah.. & pilihlah rita sbgai bidadari dunia & akhirat.. sesungguhnya rita cukup tabah & redha atas ape yg berlaku..

  2. Anonymous

    September 18, 2012 at 9:31 am

    propa…dok rasa bagus la tu…
    dua2 muka tak leh pecaya langsung…
    wei…ayu rodah oooiii…hg tu pi pekecik badan dan buang la sikit make-up kat muka tu…gerun aku tengok…hg tak natural cam rita…badan rita cantik,muka natural walau tak make-up..
    why mula2 dulu tak said sorry…why dulu si zakuan tu,pi kacau twitter rita???????????????
    bodooooooooooooo

  3. ikan

    September 18, 2012 at 9:23 am

    alah..propa ja la..dua ekoq nie..
    si zakuan tu,klu first2 dulu,dia tak wat kecoh lam twitter rita,insyaallah tak melalut cam nie…yg dia gatai mulut,gatai segala nya dulu..sapa suruh..bodo la dia…last2 skali nk tutup segala nya…nk said sorry ja…tak pakai otak before ckp…
    c diorang punya face pon tak percaya…auta keling…putar alam…

  4. Anonymous

    September 18, 2012 at 8:50 am

    muka je cantik..oi AYU oi, bila masa RITA kahwin dengan abang kau?? BIRAS la oi, bukan KAKAK IPAR! bongek!

    • eina

      September 18, 2012 at 10:05 am

      yg cakap kakak ipar kn laki die, bkn ayu.. lain kali baca btl2.. main sembur je.. aptb la :)

  5. kasturi

    September 18, 2012 at 8:30 am

    tapi betul ke ek dlu Ayu raudhah ni sebenarnya syok dekat Aidil, Zakuan syok dgn Rita ? tapi Rita dgn Aidil saling sayang menyayangi… sebab tu dorang lari kahwin kat Siam.. ni yang pernah saya dengarlah.. member dok borak2… tak tahu betul ke tak… hmmmm…

Loading...