Baru-baru ini, nama personaliti media sosial, Prince Syed lagi sekali menjadi bualan ramai selepas dia dan isteri menginfakkan telekung mewah buat pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun.
Ustazah Asma pakai telekung RM12k
Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan di platform TikTok, isterinya iaitu Fatin Syazwani menyerahkan sendiri telekung berharga RM12,000 itu kepada pendakwah tersebut.
Difahamkan, telekung tersebut dipenuhi dengan batu permata kristal Swarovski dan ia diberikan kepada Perkampungan Hijrah iaitu pusat pengajian ilmu milik Ustazah Asma.
Netizen kagum dengan Prince Syed
Telekung ini pernah tular sehingga ke luar negara kerana kemewahan dan perincian pada telekung ini yang sangat unik dan bermakna.
Perkongsiaan video tersebut telah meraih perhatian warganet, di mana rata-ratanya mendoakan agar pasangan tersebut sentiasa dilimpah kurniakan rezeki tetapi ada juga yang merasakan ia sekadar konten sahaja.