December 9th, 2011

Fuh ~~ Makin hangat nampaknya kisah pembayaran royalti kepada penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari. Sebelum ini Fauziah menyatakan yang bayaran yang diterima olehnya hanya sekadar cukup untuk tambang dari Johor Bahru ke KL, namun perkara tersebut telah disangkal oleh penerbit novel tersebut, Alaf 21.

novel ombak rindu

Berikut adalah penjelasan daripada penerbit novel Ombak Rindu, Alaf 21:-

Kami hanya menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures dan 40 peratus daripadanya yang berjumlah RM1,600 telah kami berikan kepada Fauziah Ashari.Kami sudah mencetak kembali lebih 40 ribu naskah novel “Ombak Rindu” dan setengah daripadanya sudah habis dijual. Jika cetakan yang ke-24 ini habis terjual di pasaran, Fauziah akan menerima lagi RM50,000 royalti dari Alaf 21 selepas ini.

Dan sebenarnya ini adalah strategi daripada pihak penerbit untuk melariskan kembali penjualan novel tersebut.

Pihak kami telah menjelaskan kepada penulis-penulis kami untuk membaca dan memahami sepenuhnya kandungan kontrak sebelum tandatangan. Malah, di dalam kontrak, terdapat klausa yang menyatakan pihak penerbit boleh melakukan apa sahaja kepada hasil karya penulis sama ada diadaptasi kepada pelbagai bentuk tanpa perlu merujuk kepada penulis. Projek filem adaptasi ini merupakan satu langkah promosi untuk melariskan kembali jualan buku yang kini sudah kembali dicetak sebanyak 40 ribu naskah

Untuk makluman, novel Ombak Rindu sudah pun dicetak sebanyak 23 kali dan Fauziah Ashari sudah pun mendapat royalti yang berjumlah RM219,000 sejak tahun 2002. Dan nampaknya strategi penerbitan filem untuk melariskan kembali penjualan novel Ombak Rindu sememangnya berjaya apabila cetakan ke 24 sudah pun terjual 20 ribu daripada 40 ribu yang dicetak.

Nampak gayanya Fauziah Ashari sebenarnya kaya raya dengan penerimaan royalti yang begitu lumayan. Adakah kontroversi sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu untuk melariskan lagi jualan novel ini? Kalau benar sengaja diadakan, sememangnya anda berjaya. Tahniah ~~


82 responses to “Kami Hanya Terima RM4,000 Dan Fauziah Ashari Bakal Terima Royalti Lumayan – Alaf 21, Penerbit Novel Ombak Rindu”

  1. zam za says:

    Kepada yang tak tahu ttg kompeni FA tu, tak pernah bankrap dan masih beroperasi sbb bukunya Cinta… Tiada Akhirnya (OR 2) Rindu Cintaku (OR3) Duri, Matahari Cerah Lagi dan terbaharu Kan Kukejar Cinta Kamu semuanya terbitan Intens Idea International Sdn Bhd… cari di Popular semua ada. Yang Bisik-Bisik Gelora dengarnya atas pujukan En Ali editor Ombak Rindu tu… bukan fasal dia bankrap… FA macam nak tolong kawan adalah… mungkin orang ALAF 21 cemburu Bisik2 Gelora meletop sbb dalam masa beberapa bulan buku tu sold out tu… sampai skg pun tak de stok… tgk statement FA dlm Interaksi 7/12/11 HM tak de pun dia sebut fasal penerbitan buku, hanya tertumpu kpd filem shj, kenapa pulak Dato tu nak marah… memang perjanjian yg Karangkraf buat tu memakan penulis apa? Kalau tak, kenapa FA kata dia tak diberitahu langsung jika Alaf21 jujur dalam perniagaannya?

Loading...