Keterujaan peminat yang mahu menyaksikan lagenda rap, Malique beraksi di pentas AME 2017 bersama Dayang Nurfaizah menerusi lagu duet mereka, Pejamkan Mata hanyalah kehampaan semata-mata kerana individu bertopeng yang muncul membuat persembahan bukanlah Malique.
Menurut pihak produksi AME 2017, duet berkenaan hanya rakaman sahaja dan lelaki bertopeng itu hanyalah gimik sahaja.
Malah, kami rasa perkara itu juga disedari oleh netizen kerana pergerakkan Malique ketika menyanyi berbeza sekali dengan lelaki tersebut.
Pihak produksi amat menghormati keputusan Malique untuk tidak muncul di pentas dan hanya mengizinkan rakaman suaranya sahaja.
Memang benar kemunculan beberapa lelaki bertopeng di AME2017 hanyalah gimik semata-mata namun suara yang digunakan ketika persembahan tersebut sememangnya suara Malique. Kami juga rasa bertuah kerana Malique sudi merakamkan suaranya khas untuk AME2017.
Ramai yang merindui kemunculan Malique di kaca televisyen. Kami juga mempunyai perasaan yang sama. Harapnya, satu hari nanti hati Malique akan terbuka untuk muncul kembali demi peminatnya.