Tular di media sosial Threads sejak semalam mengenai wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pempengaruh Chazy Nash dan isterinya, Fatin Morat.
Sebelum ini, Chazy, menerusi satu hantaran di Instagram mengumumkan bahawa dia dan Fatin sudah pun bercerai sejak Januari lalu atas alasan sudah tidak lagi mempunyai persefahaman.
Berikutan tularnya perihal wanita yang didakwa menjadi punca perceraian, pempengaruh itu kemudian tampil memberikan kenyataan penafian di mana tuduhan mengenai hadirnya orang ketiga dalam rumah tangga dia dan Fatin sebelum ini menjadi punca perceraian mereka berdua.
Memandangkan dah jadi merapu, saya ingin membuat penjelasan berkenaan isu yang sedang tular di Threads melibatkan diri saya. Saya mohon agar semua pihak menghentikan penyebaran & menokok tambah cerita yang tidak benar itu.
Untuk maklumkan, tiada orang ketiga terlibat dalam perceraian saya bersama Fatin Morat. Ketidaksefahaman dalam perkahwinan kami telah berlaku beberapa kali dan kami telah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik.
Menurut Chazy lagi, dia dan Fatin berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh idah dan hanya mengenali individu itu selepas beberapa bulan bercerai dan menjadi rapat sejak Mei.
@flour.crown A Suprise for Fatin ? Terima kasih jadi salah satu supporter Flour Crown dari dulu sampai sekarang ? Happynya hari ni dapat bagi suprise yang tak seberapa ni ?? Kami harap Fatin dan anak2 suka pastry & dessert yang Flour Crown bagi hari ini ? Kami juga doakan yang terbaik untuk Fatin & keluarga ? Thank you ?
Dia juga meminta agar dakwaan palsu itu dihentikan dan tidak lagi mengeruhkan keadaan.
Terdahulu, pempengaruh Chazy Nash mengejutkan ramai apabila dia mengumumkan sudah berpisah dengan isteri Fatin Morat.
Pasangan yang sebelum ini kelihatan bahagia di media sosial itu mula menjadi tumpuan kerana sering menghasilakn ‘konten’ yang lucu dan mencuit hati ramai netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.