“Kami Gembira Kalau Dia Gembira..” – Dolla Hormati Keputusan Syasya Untuk Bernikah, Nafi Persahabatan Renggang

Hiburan

“Kami Gembira Kalau Dia Gembira..” – Dolla Hormati Keputusan Syasya Untuk Bernikah, Nafi Persahabatan Renggang

Baru-baru ini, kumpulan Dolla menjadi perhatian apabila salah seorang ahli iaitu Syasya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Dolla atas sebab peribadi.

Turut gembira untuk Syasya

Melalui sebuah temu bual bersama Melodi, Sabrina atau digelar Sabronzo berkata dirinya dan dua lagi ahli kumpulan tersebut, Angel dan Tabby turut gembira atas pernikahan bekas ahli kumpulan termuda mereka.

Advertisement

Katanya, jika keputusan tersebut boleh mengembirakan Syasya, mereka hormati dan ikut bahagia.

Ketiga-tiga kami sebenarnya turut gembira untuk Syasya sebab itu keputusan dia untuk bernikah jadi kami gembira kalau dia gembira.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DOLLA (@dolla.official)

Masih berkawan dan beri sokongan

Dalam pada itu, Tabby turut memberitahu hubungan mereka berempat kekal rapat dan tidak berubah meskipun Syasya sudah bergelar isteri. Menurutnya, mereka bertiga tetap mendapat sokongan daripada bekas ahli mereka itu dan juga sebaliknya.

Kami masih berhubung, masih berkawan.

 

Saya percaya, apa pun kami buat, semangat Syasya akan ada bersama kami. Kami akan bekerja keras untuk formasi (baru) kami dan memperbaiki persembahan menjadi lebih baik.

@melodiberapi Dolla tumpang rasa bahagia, masih berkawan baik dengan Syasya #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – Melodi tv3

Terdahulu semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, tular sebuah video yang memaparkan penampilan baru Syasya yang sudah bertudung dan pada 21 April lalu pula, Syasya telah dikhabarkan sah bernikah dengan lelaki pilihannya.

Syasya dolla
8 months ago

"Dia Pilih Syurga Daripada Dunia" - Ada Yang Pertikai Syasya Tinggalkan Dolla Kerana Berkahwin, Peminat 'Back Up'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...