Ramai juga yang terkejut dengan berita pertunangan penyanyi Awi Rafael dan Atikah Suhaime baru-baru ini. Tiada sebarang gosip percintaan ataupun melihat mereka mesra bersama sebelum ini.
Bercerita mengenai perkenalannya dengan Atikah, Awi memberitahu beliau sebenarnya sudah lama mengenali wanita itu sewaktu beliau masih lagi bergelar kekasih kepada Hanez Suraya. Awi tidak mahu mengambil masa terlalu lama untuk bercinta dan mendedahkan beliau hanya sekali sahaja “dating” dengan Atikah.
Hubungan kami terjalin secara natural. Kami berkenalan kira-kira lapan tahun lalu dan ketika itu saya masih teman lelaki Hanez. Bila jumpa dia lima bulan lepas, kami mengambil keputusan untuk bertunang. ‘Dating’ pun sekali sahaja. Itu pun bertemankan mak saya.
Sifat penyabar dan positif Atikah membuka hatinya serta membuatkan Awi lebih bersedia untuk bergelar seorang suami. Malah, Atikah seorang yang sangat baik dan rapat dengan keluarganya. Semoga perancangan mereka berdua untuk mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar.
Kredit Foto : QASHRUL HIDAFI PHOTOGRAPHY

Alim
March 22, 2018 at 10:16 pm
Aku respek ngn awi rafael & shamsul yusof. Sbb ikhlas menerima. Dia mesti lelaki yg baik.
Springflower
March 22, 2018 at 8:06 pm
Dah lama syak sebenarnya suatukala dulu sb before this rasanya awi ada produce satu lagu tuk atikah..then aku just wondering they look good each other., then it happens. Best of lucks…suka tgok org bahagia walau diri masih mencari bahagia #eh