Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari berkata dirinya dan keluarga sedang berada dalam keadaan yang selamat meskipun Jepun sempat dilanda bencana gempa bumi pada Ahad lalu.
Tidak rasa sebarang gempa
Kata Awal di Isntagram story, ketika berita gempa bumi itu, dirinya dan keluarga sedang berada dalam kereta api dan tidak merasakan apa-apa gegaran gempa yang dirasakan di tempat lain.
Tak rasa apa pun di sini tapi bila tengok berita dan video, nampak agak teruk. Beberapa kawan kami di sini sempat merasakan gegaran di hotel mereka.
View this post on Instagram
Bercuti seperti biasa
Pada masa yang sama, melihat kepada hantaran yang dikongsikan di Instagram miliknya, dia, isterinya, Scha Al Yahya dan kedua puterinya sedang bercuti seperti biasa di sana. Mereka terlihat tetap melakukan aktiviti-aktiviti seperti pelancung yang lain.
Di Tokyo ni semua orang dah kembali kepada aktiviti harian seperti biasa kerana mereka memang dah terbiasa.
Kata Awal lagi, dia berdoa agar mereka sekeluarga sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang mereka berada di sana dan tiada sebarang bencana lagi yang terjadi.