Sebaik sahaja suaminya keluar dari penjara, pelakon terkenal negara seberang, Irish Bella dilaporkan memfailkan cerai terhadap lelaki itu.
Menurut laporan media Indonesia, pelakon berusia 27 tahun itu membuat permohonan cerai sebulan selepas suaminya, Ammar Zoni dibebaskan daripada hukuman penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Fail cerai itu dibuka pada 6 November 2023 lalu, Hakim Pengadilan Agama Depok, M Kamal Syarif.
Pasangan itu bernikah pada tahun 2019 yang lalu dan dikurniakan dua cahaya mata, Air Rumi Akbar, 3 tahun dan Amala Puti Sabar Akbar, 1 tahun.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilaporkan tidak menghadirkan diri ketika hari pertama perbicaraan itu berlangsung pada 16 November yang lepas.
Kisah rumah tangga mereka mula menjadi bualan dan desas desus tentang perpisahan tersebut mula tersebar pada pertengah Oktober.
Ia selepas Ammar sendiri memaklumkan bahawa dia dan Bella tidak lagi tinggal sebumbung sejak keluar dari penjara dan keduanya kini tinggal di rumah keluarga masing-masing.
Terdahulu, Ammar dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan selepas didapati bersalah kerana menyalahgunakan dadah jenis syabu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.