“Kami Dah Lakukan Sehabis Baik..” – Muaz Zabir Bimbang Drama Bersama Bella Astillah Tak Dapat Sambutan

Hiburan

“Kami Dah Lakukan Sehabis Baik..” – Muaz Zabir Bimbang Drama Bersama Bella Astillah Tak Dapat Sambutan

Aktor Muaz Zabir tak menafikan berasa bimbang drama lakonannya bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah terkesan dengan isu kontroversi yang melibatkan mereka sebelum ini.

Harap penonton tak kaitkan

Kata Muaz, isu tersebut sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan buruk kepada imej pelakon ini. Namun dia berharap agar orang ramai tidak melibatkan kisah silamnya dengan drama yang akan disiarkan tersebut.

Advertisement

Sejujurnya takut, apabila kita terpalit dengan kontroversi ni ia bukanlah sesuatu yang elok untuk drama ni. Orang akan beri macam-macam tanggapan sekiranya ada kontroversi terpalit dengan drama itu.

 

Tapi saya harap penonton tidak masukkan isu kontroversi ini dalam drama ini. Kami telah pun melakukan sehabis baik untuk menghasilkan drama tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muaz zabir (@muaz.zabir)

Dalam pada itu, pelakon ini turut mendoakan peminat akan tetap menyokong drama mereka dan menghargai hasil karya Muaz dan Bella.

Saya sentiasa mendoakan drama ini dapat memberi impak ataupun penonton terpikat dengan drama ini.

Terdahulu, nama Muaz menjadi perhatian netizen apabila individu mendedahkan Muaz pernah menjalinkan hubungan sulit dengan Bella Astillah. Tak lama kemudian, Bella Astillah pula berkata hubungan antara mereka hanyalah lakonan untuk membuat suaminya, Aliff Aziz cemburu.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah menangis
1 hour ago

"Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih" - Bella Astillah Mengalir Air Mata Dengar Ucapan Hari Ibu Daripada Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...