Kontroversi kecurangan Aliff Aziz bersama seorang remaja bawah umur yang dikenali sebagai Nismel masih belum reda lagi. Aliff pula mendiamkan diri dan langsung tidak mahu tampil memberikan sebarang kenyatana berhubung kontroversi tersebut.
Turut menerima kecaman hebat adalah keluarganya sendiri. Bagaimanapun, menurut bapa Aliff, perkara sebegini sudah biasa berlaku.Mereka sekeluarga tenang sahaja menghadapi kontroversi yang melanda anaknya itu. Warganet sahaja yang berlebihan.
Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja cuma warganet sahaja yang lebih-lebih, kami tak ada apa-apa pun. Perkara ini sudah banyak kali berlaku, kami dah biasa.
Namun, bapanya akui ibu Aliff sedikit tertekan dengan masalah tersebut dan enggan diganggu. Biasanya, isterinya itu akan menjawab segala persoalan daripada pihak media, tetapi buat masa ini dia tidak mahu diganggu.
Jarang mencampuri urusan peribadi Aliff, sebagai bapa dia tetap mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya.
Ini sudah kali ketiga Aliff berlaku curang sepanjang dia berkahwin dengan Bella Astillah. Pertama kali berlaku membabitkan pelakon Afifah Nasir pada 2017 dan kejadian kedua berlaku sekitar Februari lalu melibatkan pelakon Oktavia Manrose.