July 1st, 2020

Segala teka-teki mengenai status rumah tangga antara artis Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin kini terjawab apabila mereka sudah rasmi mengakhiri status rumah tangga mereka.

Mengesahkan desas-desus yang bermain dalam industri hiburan mengenai status perkahwinan mereka, Laudya akhirinya tampil menjelaskan bahawa mereka berdua sudah sepakat untuk berpisah secara baik.

Pasangan ini yang sebelum ini dilihat seperti berantakan apabila sudah tidak mengikuti laman sosial masing-masing hanya memberitahu bahawa segala yang terjadi adalah takdir. Laudya yang lebih mesra dikenali sebagai Bella berkata, dia sudah lama mempertahankan rumah tangganya bersama Engku Emran.

“Sudah pelbagai usaha yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah S.W.T, rumah tangga kami hanya sampai di sini. Segala proses (mengenai penceraian) telah kami lalui dan sudah pun selesai,”

Ketika ditemui media Indonesia, Bella berkata sepanjang dua tahun bergelar isteri, pelbagai kenangan tersimpan rapi dalam ingatannya. Menurutnya, banyak kebaikan serta hikmah yang diperoleh sepanjang menjadi milik Engku Emran.

View this post on Instagram

Happy EID from ours (me and my favorite bag and scarf @coach) to yours? . . #CoachIndonesia #CoachNY @kanmogroup.fashion

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

“Insyallah hikmah, pembelajaran semua yang saya dapat ini saya akan jadikan ‘bekal’ untuk simpanan di masa hadapan supaya saya dapat menjadi wanita yang jauh lebih baik lagi,”

Dia juga berharap segala pertanyaan serta tanda tanya mengenai status rumah tangga mereka berdua dapat dijawab dengan jelas.

Mengimbas kembali, Bella dan Engku Emran disatukan sebagai suami isteri pada September 2017 yang lalu di sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur. Engku Emran sebelum ini pernah bernikah dengan primadona Malaysia, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.


3 responses to ““Kami Dah Berpisah Secara Baik,”- Laudya Cynthia Bella Dan Engku Imran Sah Bercerai”

  1. Ratu Pinggiran says:

    Sedih bila baca cinta pasangan ternokhtah

  2. Anonymous says:

    Banyak lelaki yang lain, ini juga yang ko pilih.. Macam terdesak sangat dulu nak kawin

  3. Anonymous says:

    semoga dipermudahkan kepada keduanya..bella n engku

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...