Kecoh di media sosial apabila beberapa keping foto mesra memaparkan selebriti Hunny Madu bersama seorang jejaka Itali sedang bercumbu dan ternyata ianya menerima kecaman daripada netizen di luar sana.
Disebabkan tidak mahu lagi peminat terus membuat spekulasi, Hunny tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah pun berkahwin dengan lelaki yang berasal dari Itali itu.
Menurut hos dan penyampai radio itu, dia dan Fedrighi Francesco telah selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang dijalankan secara tertutup pada 2 Mei yang lalu.
“Semua itu timbul sebab ada yang tak tahu perkara sebenar yang saya dan dia sudah berkahwin. Sebab tu saya ambil kesempatan untuk meleraikan persoalan itu. Kami hanya beritahu mengenai keputusan untuk berkahwin ini kepada keluarga terdekat dan kawan rapat saja. Majlis nikah itu memang begitu ringkas dan hanya disaksikan adik beradik, ibu bapa dan dua anak saya,”
Mengimbas kembali, Hunny sebelum ini telah berkongsikan foto percutian bersama ahli keluarga dan dua anaknya Eva Medina,8, dan Adam Musa,3. Namun yang lebih menarik perhatian adalah di mana terdapat satu foto menunjukkan dia sedang bercumbu dengan seorang lelaki yang didakwa teman lelakinya oleh netizen.
Hunny dalam pada itu meluahkan rasa syukur kerana bahagia di atas perkahwinan itu dan berharap peminat di luar sana mendoakan hubungan mereka supaya hingga kekal ke syurga.
Sekadar info, pemilik nama Hani Farhana Mohd Hatim ini sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada tahun 2010 sebelum bercerai lapan tahun kemudian iaitu pada Oktober 2018.
Sumber : mStar Online