Pelakon, Linda Hashim akui dia sudah empat bulan tidak tinggal serumah dengan suaminya, Beego.
Meskipun begitu, Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim memaklumkan dia tetap memberi peluang kepada Beego untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
Kami dah empat bulan tak duduk bersama. Tapi saya ada bagi dia (Beego) berjumpa dengan anak-anak.
Saya tak pernah halang dia untuk jumpa anak.
Menurut OhBulan!, perkara tersebut dikongsikan selepas selesai sebutan pertama kes penceraiannya di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Pelakon itu turut memaklumkan bahawa anak sulungnya, Jelita Clarissa mengetahui akan masalah rumah tangganya bersama suami.
Anak yang pertama sudah tahu (mengenai cerai). Malah dia bagi semangat dan kekuatan dekat saya.
Sebelum ini, Linda hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendirian tanpa kelibat suaminya, Beego.
Beego turut memaklumkan bahawa dia tidak mendapat sebarang makluman dari pihak guaman mengenai kes penceraian ini.