Anak kepada primadona perfileman Melayu, Erra Fazira, iaitu Engku Aleesya, mencuri perhatian ramai apabila menyerlahkan bakatnya sebagai penulis buku selepas menerbitkan sebuah buku kanak-kanak berbahasa Inggeris.
Menerusi satu video di Instagram Erra, remaja berusia 16 tahun itu tampil memperkenalkan karya pertamanya kepada umum.
“Hai, Assalamualaikum semua. Nama saya Aleesya dan jika anda tidak tahu, saya baru sahaja menerbitkan sebuah buku Little Nina and the Virtues of Fatimah Azahra,” kongsi Aleesya penuh ceria sambil membolak-balik buku berwarna-warni tersebut.
Kegembiraan itu turut dikongsi Erra yang bangga melihat kreativiti anaknya, manakala bekas suaminya, Engku Emran, mengenang perjalanan membesarkan Aleesya sejak bercerai dan menegaskan bahawa kasih sayang kepada anak mereka tidak pernah berkurang.
“Kami telah berusaha sedaya upaya untuk membesarkan, menyediakan keperluan, menjaga dan melindungi satu-satunya anak kami sebaik mungkin. Ibunya dan saya sedar sejak awal lagi bahawa perjalanan membesar bukanlah sesuatu yang mudah untuknya, apatah lagi apabila sentiasa menjadi perhatian umum.”
Tambahnya lagi, selama 11 tahun ini, mereka sepakat mengetepikan perbezaan demi memberikan yang terbaik untuk puteri kesayangan mereka.
“Namun Alhamdulillah, selama 11 tahun kami berjaya mengetepikan perbezaan dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjadi ibu bapa yang Aleesya perlukan,” titipnya.
Emran turut menitip nasihat kepada pasangan suami isteri di luar sana agar sentiasa memperteguh ikatan demi masa depan anak-anak.
Sebelum ini, Aleesya turut membanggakan ramai apabila meraih keputusan cemerlang dalam IGCSE, termasuk gred A+ untuk First English Language, Matematik dan Fizik, serta A untuk Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi. Beliau juga terpilih sebagai achiever cemerlang dalam sesi peperiksaan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
