April 4th, 2020

Teka- teki mengenai pergolakan rumah tangga Pencetus Ummah Abu akhirnya terjawab apabila Hana Azraa mendedahkan mereka sudah berpisah.

hana azraa pu abu

Hana membuat pendedahan itu menerusi akaun Instagramnya semalam bagi membersihkan namanya yang turut terpalit dalam kontroversi terbaru bekas suaminya. Dia juga turut meminta agar Abu bersikap jujur mengenai status perkahwinan mereka yang sudah berakhir agar tidak timbul sebarang salah faham atau fitnah.

Dalam pada itu, Hana juga meminta orang ramai untuk berhenti bertanyakan tentang hubungan cinta bekas suaminya itu dengan mana-mana wanita lain. Dia merayu agar soalan itu diajukan sendiri kepada tuan empunya badan.

hana azraa pu abu bercerai hana azraa pu abu bercerai hana azraa pu abu cerai

Terdahulu, Hana pernah memberitahu mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak tahun lalu. Dia juga pernah memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di akaun Instagramnya dan mendakwa wanita itu sebagai skandal baru pendakwah bebas tersebut. Enggan dirinya terus dihimpit kontroversi,  Abu tampil menafikan dakwaan tersebut dan berkata apa yang berlaku sekadar salah faham.

Hana dan Abu mendirikan rumah tangga pada Mei 2019 dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.


7 responses to “Kami Bukan Lagi Suami Isteri – Hana Azraa Mengaku Berpisah Dengan PU Abu”

  1. Anonymous says:

    tu la lain jgn amik laki org..ex-wife pregy time pak abu nikah dgn ko..skrg rasa la pulak camne org rasa,,kifarah tetap ada..

  2. Siti says:

    Bkn dia yg hancurkan rmh tangga org lain. Apa2 pun pd suami..

Loading...