April 4th, 2020

Teka- teki mengenai pergolakan rumah tangga Pencetus Ummah Abu akhirnya terjawab apabila Hana Azraa mendedahkan mereka sudah berpisah.

hana azraa pu abu

Hana membuat pendedahan itu menerusi akaun Instagramnya semalam bagi membersihkan namanya yang turut terpalit dalam kontroversi terbaru bekas suaminya. Dia juga turut meminta agar Abu bersikap jujur mengenai status perkahwinan mereka yang sudah berakhir agar tidak timbul sebarang salah faham atau fitnah.

Dalam pada itu, Hana juga meminta orang ramai untuk berhenti bertanyakan tentang hubungan cinta bekas suaminya itu dengan mana-mana wanita lain. Dia merayu agar soalan itu diajukan sendiri kepada tuan empunya badan.

hana azraa pu abu bercerai hana azraa pu abu bercerai hana azraa pu abu cerai

Terdahulu, Hana pernah memberitahu mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak tahun lalu. Dia juga pernah memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di akaun Instagramnya dan mendakwa wanita itu sebagai skandal baru pendakwah bebas tersebut. Enggan dirinya terus dihimpit kontroversi,  Abu tampil menafikan dakwaan tersebut dan berkata apa yang berlaku sekadar salah faham.

Hana dan Abu mendirikan rumah tangga pada Mei 2019 dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.


7 responses to “Kami Bukan Lagi Suami Isteri – Hana Azraa Mengaku Berpisah Dengan PU Abu”

  1. Emak orang says:

    Pandai main ayat maneh

  2. feldegast says:

    Apa yang istimewa laki ni? Muka pun pecah rumah tapi awek main susun2 je silih berganti. Pompuan bodoh sangat ke asal ada title ustaz je terus sanggup jadi girlfriend/bini, acah2 memimpin tangan ke syurga?

  3. Norzaidayati says:

    Kifarah…

  4. Nuyu says:

    Semoga awk mnjadi seorang wanita yg baik setelah awak menghancurkan rumahtangga org lain.

  5. Abg malek says:

    Hoho….mmg padan kena tang muka hang balik.dulu hang x kisah amek laki org…nw Allah Maha Kaya bg hang rasa balik apa ko buat kat org…time tu ko x kisah perasaan bini dia…nw turn ko plak…justice is serve.NEXT CASE hoho

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...