Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kami Bukan Keluarga Selebriti Terkaya Di Malaysia – Awal Ashaari

Sering ditawarkan menjadi duta kepada beberapa jenama yang agak terkenal, ada yang mendakwa keluarga Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya antara keluarga selebriti yang terkaya di Malaysia apatah lagi kehadiran si comel Lara Alana membuatkan populariti mereka sekeluarga semakin meningkat.

Advertisement

Menafikan mereka adalah antara keluarga selebriti terkaya di Malaysia, Awal bagaimanapun mengakui kombinasi mereka anak-beranak memberikan satu keunikan dan kelebihan tersendiri.

Kami bertiga mungkin ada nilai tersendiri dan apabila digabungkan untuk membuat kemunculan pada satu-satu masa, maka harga yang dibayar secara keseluruhan nampak mahal.

Tetapi kadang-kala ada pihak hanya meminta satu (publisiti), tetapi mendapat tiga sekali gus termasuk publisiti menerusi akaun Instagram kami. Bagi saya nilai berkenaan setimpal dengan keperluan yang diminta oleh syarikat yang menawarkan peluang dan ia tidak semahal menaja kelab bola sepak.

Rezeki yang melimpah ruah buat Lara juga selalu dipertikaikan oleh sesetengah pihak, ada yang menuduh Awal dan Scha menjual anak mereka. Namun, pasangan ini enggan mengambil pusing dengan kritikan orang ramai.

Advertisement

Ada kalanya mereka gemar menuduh saya menjual anak tapi rezeki yang ketuk pintu, kita ambil. Kalau tidak, pasti saya tidak berkemampuan untuk memberikan yang terbaik untuknya.

Kalau kami berada di tempat Awal Ashaari sekeluarga, pasti kami juga akan merebut setiap peluang yang ada dan rezeki yang ditawarkan. Mereka yang mengkritik kadang-kadang cuma rasa cemburu dengan rezeki seseorang itu.

Sumber Berita : MALAYSIAKINI

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top