“Kami Bukan Bank Untuk Pihak Sekolah” – Presiden PIBG Nasional

Trending

“Kami Bukan Bank Untuk Pihak Sekolah” – Presiden PIBG Nasional

“Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bukan bertindak sebagai perunding kewangan atau bank untuk jana pembiayaan penyelenggaraan sekolah,” tegas Presiden PIBG Nasional menjawab cadangan mewajibkan persatuan mengutip derma untuk selenggara sekolah.

Advertisement

Prof Madya Mohamad Ali Hassan berkata lagi, PIBG sepatutnya menjadi sistem sokongan dalam hal displin pelajar, pencapaian akademi dan bukannya jadi akademi, keselamatan dan kebersihan sekolah.

“Beri dana kepada sekolah dibuat atas dasar sukarela. Mengapa tidak minta tambahan wang daripada syarikat milik kerajaan (GLC). Mengapa kita pula yang perlu tanggung penyelenggaraan sekolah,” katanya.

Beliau turut menambah, banyak sekolah terletak di kawasan desa, terpencil dan pedalaman dimana ibu-bapa tidak mampu jana wang untuk sekolah.

“Barangkali sekolah yang mewah boleh menjana 50% daripada penyelenggaraan sekolah tetapi tidak boleh dijadikan kewajipan. Sebenarnya ia bergantung kepada sekolah masing-masing,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...