Dua nama besar dalam industri muzik Nusantara, Melly Goeslaw dan Misha Omar, bersatu hati demi menghasilkan sebuah karya agung yang akan menjadi buah tangan istimewa buat peminat mereka di Malaysia dan Indonesia.
Menurut Misha, kolaborasi ini merupakan impian yang akhirnya tercapai selepas sekian lama memasang angan-angan untuk bekerjasama dengan penyanyi dan komposer legenda Indonesia itu.
Projek ini bermula apabila saya memberanikan diri mendekati Melly di DM. Saya nyatakan hasrat untuk memiliki sebuah lagu ciptaannya.Sebagai penyanyi, saya sudah lama memasang impian untuk menyanyikan lagu ciptaan Melly. Dan Break ini, dari judul, melodi hingga ke lirik, semuanya merupakan karya eksklusif yang Melly cipta untuk saya. Ia sangat sebati dengan jiwa saya
Lagu yang masih dirahsiakan judulnya itu telah dirakamkan di Jakarta baru-baru ini. Menurut Misha, proses rakaman berjalan lancar dan memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Beliau turut menyatakan bahawa Melly bukan sahaja seorang pencipta lagu yang hebat, malah sangat teliti dalam menyampaikan emosi setiap bait lirik yang ditulis.
Melly Goeslaw dalam pada itu menyifatkan kerjasama ini sebagai satu penghargaan besar kerana dapat bekerja dengan penyanyi berkaliber seperti Misha yang disifatkannya memiliki vokal ‘bernyawa’.
Karya kolaborasi ini dijangka dilancarkan dalam masa terdekat, dan bakal menjadi antara lagu paling dinanti-nantikan di rantau ini. Pemilihan Misha oleh Melly juga menjadi simbolik penyatuan antara dua budaya muzik serumpun, sekaligus mengukuhkan lagi hubungan industri muzik Malaysia-Indonesia.
Peminat sudah mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan rasa tidak sabar untuk mendengar hasil gandingan dua figura seni tersohor ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.