Melalui laporan Gempak, pelakon, Edika Yusof telah memuat naik satu hantaran mencuri perhatian ramai mengenai pengorbanan ibu bapa terhadap anak.
Dalam hantaran yang dikongsikan, Edika difahamkan memuat naik satu swafoto (selfie) berserta luahan yang dipercayai perasaan terkilannya terhadap sikap anak seolah-olah melupakan pengorbanan ibu bapa.

Kami ini ibu bapa. Kami besarkan kamu dengan darah daging sendiri, berdiri bersama setiap pengorbanan dan memberi segala yang kami mampu. Namun, kamu pergi tanpa sepatah kata, meninggalkan hormat dan rasa syukur.
Tambahannya lagi, satu hari eorang anak pasti akan merasai rasa keperitan yang dilalui oleh ibu bapa apabila anak yang disayangi berpaling secara tiba-tiba.
View this post on Instagram
Luahan yang dimuat naik itu telah menimbulkan persoalan di kalangan peminat kerana tidak dapat memastikan ia dituju untuk individu tertentu ataupun sekadar perkongsiaan secara umum.