Tragedi nahas trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masih mengejutkan ramai pihak dan meninggalkan trauma mendalam terutamanya buat mereka yang terselamat.
Koperal Nizam Tarmizi, 38. salah seorang daripada sembilan anggota yang terselamat berkongsi detik hitam yang telah meragut nyawa rakan-rakan sepasukannya.
Keadaan kami ketika itu bertindih-tindih, macam orang buang barang, berlongggok.
Katanya, dia dan rakan-rakan dalam keadaan santai di dalam lori trak sebelum mereka seolah-olah ‘tersentak’ diikuti dentuman yang kuat dan laungan Allahuakbar.
Nizam berkata dia tidak tahu apa yang telah berlaku namun selepas tersedar dari pengsan dia dalam keadaan terbaring di atas tubuh rakan-rakannya.
Saya pengsan dalam tempoh beberapa saat dan apabila sedar saya lihat kami semua sudah bertindih-tindih dan terhimpit ke depan. Ketika itu tidak kedengaran pun suara kawan-kawan.

Kredit: Kosmo!
Keadaan mereka ketika itu longlai dengan mulut berdarah. Saya nampak rakan dari kenderaan lain datang untuk selamatkan kami dan dalam keadaan mamai saya sempat minta tolong mereka.
Dalam pada itu, dia juga tidak menyangka gurauannya bersama Allahyarham Koperal Pozli untuk mengambil gambar kenangan bersama Trup C adalah jenaka terakhir mereka.
Dalam lori ada dua anggota yang akan bertukar trup, salah seorangnya arwah Pozli. Jadi, saya cakap pada dia ambillah gambar banyak-banyak sebab selepas ini dia tak boleh ikut kami lagi, ini mungkin tugasan terakhirnya bersama Trup C. Dia cakap betul juga dan ikut ambil gambar.
Kemalangan tragis membabitkan kenderaan pasukan FRU dan lori muatan batu kerikil di Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam, Teluk Intan pada Selasa telah meragut nyawa sembilan anggota.