“Kami Bersama Selama 5 Tahun, Saya Rasa Tak Salah Kalau…” – Fathia Latif Akui Dah Tak Sayangkan ‘Ex’ Tetapi Hanya Berdendam

Hiburan

“Kami Bersama Selama 5 Tahun, Saya Rasa Tak Salah Kalau…” – Fathia Latif Akui Dah Tak Sayangkan ‘Ex’ Tetapi Hanya Berdendam

Susulan tular isu panas membabitkan Fathia Latiff baru-baru ini, penyanyi rap Caprice berjaya menghubungi aktres tersebut dan berborak menerusi panggilan video.

Kata Caprice kerana tidak sempat untuk membuat podcast bersama, Fathia bagaimanapun membuat panggilan video dengannya ketika di lapangan terbang sebelum berlepas ke Tokyo, Jepun.

Advertisement

 

 

Mana ada provoke, mana ada ganggu rumah tangga

Menerusi Instagram, Caprice atau mesra dipanggil Cap berkongsi sedikit sedutan rakaman perbualan mereka berkenaan isu yang tengah hangat diperkatakan ketika ini.

Apabila ditanya, Fathia berkata dia tidak mengganggu rumah tangga pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim kerana dia berhak bercakap tentang apa sahaja.

Tapi dia selebriti. Saya boleh post apa sahaja yang saya mahu. Semua orang di dunia guna foto public figure, kenapa saya tak boleh?

aiman zahirah

 

“Aiman pernah ada dalam hidup saya…”

Tambah Fathia lagi, Aiman pernah berada dalam hidupnya selama lima tahun namun akui sudah move on daripada hubungan mereka yang lalu.

Bukan itu sahaja, aktres berusia 36 tahun tersebut turut mengaku menyimpan dendam terhadap Aiman.

Kami bersama selama lima tahun. Saya tak rasa ia salah untuk saya post tentang sesuatu yang ada ruang dalam hati saya. Saya ada dendam (terhadap Aiman), saya sudah tidak sayangkannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Difahamkan, versi penuh video perbualan Cap dan Fathia akan dimuat naik di podcast penyanyi rap tersebut pada jam 9 malam ini.

12 months ago

Makin Menjadi-Jadi, Fathia Latiff 'Upload' Foto Lama Zaman Bercinta Dengan Aiman Hakim - "I Know You Still Love Me"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...