Written by Bella | July 17th, 2019

Selepas 17 tahun bersama, pelakon Vanidah Imran dan Rashidi Ishak membuat keputusan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018. Rashidi dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui, kelemahannya dalam memimpin rumah tangga menjadi punca mereka berpisah.

Berada dalam satu industri yang sama, mereka sekali lagi digandingkan dalam sebuah filem bersama. Menurut Vanidah, dia dan bekas suami bersikap profesional dan tiada masalah untuk bekerjasama.

Memberikan sedikit komen mengenai isu perceraiannya, Vanidah berkata mereka tidak pernah bergaduh dan berpisah secara baik.

Kami bukannya bergaduh, bukan perpisahan yang teruk dan ‘bitter’. Jadi tiada masalah untuk kami bekerjasama dalam satu filem. Sebenarnya tawaran lakonan filem ini diterima selepas perceraian kami, kenapa perlu bermasam muka?

Tak kan lah mahu tolak tawaran hanya kerana tidak mahu berjumpa. Kami masing-masing ada periuk nasi yang perlu dijaga.

Vanidah dan Rashidi mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika. Semoga kedua-duanya dapat mengekalkan hubungan baik sehingga selamanya.

Sumber Berita : mStar Online

11 responses to Kami Berpisah Bukan Sebab Bergaduh, Bukannya Perceraian ‘Bitter’- Vanidah Imran

  1. bibiyana says:

    korang kena minta nasihat neng yatimah ttg kebahagian rumahtangga..xpun, rosiah chik kan ada boleh bantu korang bersama kembali? x gitu?

    0

    9
  2. faraj says:

    vanida..jaga2 dgn Org lelaki Bangsa PAS..tunggu peluang jer nk kawin gan Vanida….lepas kawin kad Bank mereka pegang…berhati2 dgn orgPAS..baik lelali @ Pompuan…samer jrrr…

    1

    4
  3. Anonymous says:

    cerai sbb tabung dh kering kaaaa…. offer berlakon sama sume bole.. sume ok… serumah xbole..
    mcm erra fazira plak rase… berlakon dgn ex sume jd bole sbb payment… yg jenis berduit xnak ganding2 dgn ex dah… savings masih penuh kan

    6

    0
  4. Anonymous says:

    kawin dgn saya je la, vanida….saya single lagi

    1

    1
  5. Anonymous says:

    Cantik Vanidah ni.. Semoga mereka masih ada jodoh dan dapat kembali menjadi suami isteri..

    2

    0
  6. Ph hancing says:

    Semenjak ph perintah makin menjadi jadi penceraian… Mmg kerajaan hancing ini patut dihumban kedalam longkang.

    0

    0

Leave a Comment

Optional