“Kami Berkawan Sejak Dulu, Sepatutnya Dia Datang” – Tuju Langsung Tak Datang Dua Majlis MK K-Clique

Hiburan

“Kami Berkawan Sejak Dulu, Sepatutnya Dia Datang” – Tuju Langsung Tak Datang Dua Majlis MK K-Clique

Majlis persandingan penyanyi rap MK daripada kumpuan K-Clique dan isterinya, Siti Hajaar meriah dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan.

Sudah tentu, geng K Clique hadir sedondon untuk meraikan hari bahagia sahabat mereka namun kelibat salah seorang ahli kumpulan itu tidak kelihatan.

Advertisement

Kata Noki, dia terasa hati apabila Tuju tidak menghadirkan diri bukan sahaja ke majlis pernikahan tetapi juga pada malam persandingan MK.

wedding MK

Jelas penyanyi rap berusia 29 tahun itu, MK ada menghantar jemputan buat Tuju namun kelibatnya langsung tidak kelihatan di kedua-dua majlis.

Saya tak mahu fikirkan sangat tapi kalau ikut logik, dia sahabat kami yang berkawan sejak dulu sepatutnya datang.”

Tambahnya, dia faham perasaan MK kerana dia sendiri kecewa apabila suami kepada Loca B itu tidak hadir pada hari bahagia sahabatnya.

Malah, Noki juga mendedahkan kali terakhir ahli kumpulan K-Clique semua berkomunikasi dengan Tuju adalah pada enam bulan lepas.

Apa yang saya boleh katakan, kami memang ada sedikit salah faham yang rasanya susah sikit nak diselesaikan.”

k clique

Ujarnya, K-Clique tiada masalah kita Tuju ingin kembali serta kumpulan itu namun sudah tentu ia sukar untuk menjadi akrab seperti dulu.

MK k clique
2 years ago

"Ni Sebab Aku Suka MK, Dia Muliakan Mak Dia" - Netizen Puji MK 'Meluru' Cium Peluk & Bagi Hadiah Pada Ibu Lepas Nikah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...