Pempengaruh dan usahawan Noor Nabila mengakui sudah lama move on dari hubungannya dengan bekas suami, Sharnaaz Ahmad apabila ditanya netizen untuk kembali bersama semula.
Belum sedia jalin hubungan
Menurut kakak kepada selebriti Neelofa ini, dia masih belum terbuka hati untuk menerima pasangan baru dalam hidupnya buat masa ini. Namun begitu, Nabila masih mengekalkan hubungan rapat dengan Sharnaaz demi anaknya, Jebat Jayden.
Kami berdua profesional sebab kami ada anak bersama.
Lagipun saya belum bersedia untuk menjalin hubungan dengan sesiapa. Saya mahu fokus pada diri dan anak saya. Jujur saya tiada masa nak fikir soal bercinta sekarang.
View this post on Instagram
Jika ada rezeki
Namun, pada masa yang sama, Nabila tidak menolak jodoh walaupun selepas melalui episod kegagalan rumah tangga sebelum ini. Menurutnya, jika telah sampai jodohnya, dia dengan hati terbuka akan menerima.
Kalau ada rezeki untuk saya berumah tangga lagi dan masa itu sesuai saya terima apa saja takdir yang tertulis untuk saya.
View this post on Instagram
Terdahulu, bekas suami Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad telah terpalit kontroversi dimana telah dikatakan dia dan teman wanitanya, Amelia Christie tidak lagi bersama selepas saling unfollow di Instagram. Namun kenyataan tersebut tidak diulas lanjut oleh aktor itu.