“Kami Berbincang Antara Keluarga” – Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai ‘Hari Bahagia’ Jadi Tumpuan

Hiburan

“Kami Berbincang Antara Keluarga” – Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai ‘Hari Bahagia’ Jadi Tumpuan

Boleh dikatakan ramai peminat BASS tidak sabar menantikan khabar gembira daripada penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi sebuah video temu bual yang tular di platform Threads, Syed Saddiq dilihat menjawab soalan wartawan berkaitan hari bahagia melibatkan dirinya dan Bella Astillah.

Advertisement

Menjawab pertanyaan tersebut dengan tenang, Syed Saddiq menjelaskan bahawa urusan peribadi seperti perkahwinan seharusnya dibincangkan dalam ruang lingkup keluarga dan tidak perlu dikongsi secara terbuka kepada umum.

Saya rasa dalam soal ini (kahwin) adalah antara dua keluarga. Daripada kita bam bam bum (cerita) secara umum, lebih baik kita bincang antara keluarga.

Kenyataan tersebut bagaimanapun mencuri perhatian warganet apabila ramai menganggap jawapan Ahli Parlimen itu seakan-akan memberi bayangan bahawa hubungan mereka kini berada pada fasa yang lebih serius.

Alhamdulillah. Dari mulut YBSS sendiri dah mengakui memang tengah berbincang fasal mereka berdua yang mana hanya dibincangkan dengan ahli keluarga sahaja.

Maksudnya peribadi. Hal peribadi hanya keluarga sahaja yang tahu. Bermakna diaorang serius dalam perhubungan dan tengah sibuk uruskan fasa seterusnya. Insya-Allah. Doakan yang baik-baik.

Setakat ini, kedua-duanya masih memilih untuk tidak berkongsi sebarang pengesahan lanjut, namun kenyataan Syed Saddiq itu sudah cukup untuk mengundang tanda tanya dan doa daripada para peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

PEKIN IBRAHIM
2025-12-27 18:15:08

Video Peribadi Tular, Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal - "Kami Hanya Sambut Hari Lahir, Bukan Bertukar Hadiah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...