Melalui laporan Kosmo, kekecohan yang berlaku sewaktu operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur hingga mengakibatkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, dua hari lalu, sama sekali tiada kaitan dengan penduduk setempat.
“Kami berada di rumah, tiada provokasi atau propaganda”
Menurut Penasihat Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru, Muzzafar Razman, mereka langsung tidak terlibat dengan insiden tersebut.
Kami hanya berada di rumah masing-masing dan tidak ada sebarang provokasi atau propaganda daripada pihak penduduk.
Dalam pada itu, Muzzafar turut berkata penduduk setempat juga berasa kecewa dengan insiden yang mengakibatkan pihak polis serta orang awam cedera kerana beranggapan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Tergamam rumah dirobohkan
Katanya lagi, isu pokok yang dipertikaikan adalah tindakan drastik perobohan rumah sedangkan masih terdapat beberapa kes berkaitan tanah tersebut yang sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.
Perintah yang dikeluarkan mahkamah hanya membenarkan pintu atau tingkap dipecah masuk untuk dikunci semula, bukannya merobohkan rumah. Tetapi pihak berkuasa mentafsirkannya sehingga berlaku perobohan. Kami benar-benar tergamam dengan tindakan tersebut.
Susulan berlakunya kecederaan kepada Sulizmie Affendy, pihak polis telah pun menahan tiga orang lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.