Penyanyi berkumpulan, Dolla yang sedang menjadi tumpuan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini menafikan diri mereka yang didakwa tidak bangga untuk membawa lagu mereka dalam Bahasa Melayu dalam album terbaru mereka.
Bagi Dolla, mereka mempunyai matlamat yang lebih besar untuk kumpulan tersebut iaitu ingin ke peringkat antarabangsa. Disebabkan itu Bahasa Inggeris lebih menjadi keutamaan dalam lagu-lagu sebagai salah satu strategi promosi.
Ini cara terbaik untuk perkenalkan Dolla kepada peringkat antarabangsa namun tak bermakna akan diteruskan pada masa akan datang. Kami tetap akan rakam lagu dalam Bahasa Melayu.
Kami sangat bangga sebagai anak Malaysia.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Ujar Tabby, salah seorang ahli kumpulan Dolla, mereka tidak lupa dengan asal usul bahasa Ibunda. Hal ini hanya dilakukan dalam album New Classic mereka sebagai satu landasan untuk ke peringkat internasional. Meskipun begitu, kesemua ahli akui masih akan terus mengeluarkan lagu dalam bahasa Melayu.
Pada masa yang sama, penjelasan mereka juga menepis sesetengah spekulasi netizen yang beranggapan bahawa mereka ini terikut-ikut dengan budaya barat dalam nyanyian dan persembahan mereka. Walaupun lebih kepada unsur-unsur modern, namun jati diri sebagai anak Malaysia tidak akan pernah dilupakan ujar mereka.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.