Rasanya semua sedia maklum dengan kisah perhubungan di antara pasangan Intan Najuwa dan ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli. Meskipun berjaya melawan perbezaan umur sebanyak 16 tahun dan bertunang namun jalinan tersebut dikhabarkan telah putus di tengah jalan.
Walaubagaimanapun, desas-desus mengenai hubungan mereka kembali menjadi sebutan netizen apabila Intan Najuwa telah memuat naik sekeping gambar di mana dia telah bersandar di bahu seorang lelaki persis Razrul.
Entri itu nyata membuatkan para peminat mula membuat spekulasi bahawa pasangan yang dikatakan sudah membawa haluan masing-masing itu kini kasih mereka sudah kembali bertaut.
Meskipun pelakon wanita itu sendiri mengesahkan bahawa mereka sudah putus tunang pada Februari lepas dengan alasan tiada jodoh dan persefahaman lagi. Tapi Razrul yang dihubungi memberikan gambaran seperti hubungan mereka tidak pernah putus langsung.
“Kami sentiasa baik-baik sahaja. Terima kasih.”
Pun begitu, Intan tidak lagi memberikan kenyataan rasmi lagi mengenai perkara ini dan mengambil langkah mendiamkan diri selepas diajukan soalan sama ada dia dan Razrul sudah kembali bersama.
Rata-rata peminat nampaknya meluahkan rasa gembira apabila pasangan itu dikatakan sudah kembali bersama dan mendoakan kebahagiaan mereka.
Pun begitu, ada juga segelintir pihak yang menunding jari kepada Intan dan mengatakan bahawa dia kembali bercinta dengan Razrul hanya kerana sudah tiada sumber pendapatan kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menolak dakwaan tersebut, pelakon wanita itu meminta individu yang membuat tuduhan tidak berasas itu supaya memperbaiki diri selain mendedahkan bahawa dia telah memberikan bantuan makanan kepada keluarga dan ibu tunggal yang terjejas.
Sama-sama kita nantikan berita rasmi daripada Intan sendiri.