Nampaknya, isteri pengarah terkenal Syamsul Yusof, Ira Kaza ada memuat naik gambar suaminya itu buat kali kedua dia media sosial.
Jika sebelum ini dia memuat naik gambar swafoto bersama di hantaran Instagram, kali ini Ira berkongsi gambar Syamsul menerusi story pula.
Menerusi gambar itu, dia memuat naik sisi bahagian kanan Syamsul dalam satu collage dan meletakkan caption mengatakan mereka kini bahagia.
Kami bahagia dengan kehidupan kami. Sayang awak suami.”
Daripada foto yang dikongsi, ia dipercayai diambil pada masa yang sama dengan gambar swafoto yang telah dipadam oleh Ira sebelum ini.
Terdahulu, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu memadam swafoto bersama Syamsul selepas menerima kecaman ramai warganet.