“Kami Bahagia” – Azri Iskandar Buktikan Bukan Mangsa ‘Love Scam’, Selamat Bertunang Dengan Dr Azra

Hiburan

“Kami Bahagia” – Azri Iskandar Buktikan Bukan Mangsa ‘Love Scam’, Selamat Bertunang Dengan Dr Azra

Pelakon sensasi, Azri Iskandar memaklumkan bahawa dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati, Azra Diera pada 29 Jun lalu.

Majlis pertunangan itu difahamkan berlangsung di Kangar, Perlis.

Advertisement
Ellie AzriSumber : Google  

Ujar Azri yang ditemui Harian Metro berkata bahawa dia dan tunang kini sedang berada dalam fasa bahagia selain sudah merancang untuk bernikah.

Perancangan nak kahwin mestilah jadi. Kami sedang dalam fasa gembira sebagai pasangan yang sudah bertunang sekarang. Kami bertunang pada 29 Jun lalu di kediaman keluarga Azra di Kangar, Perlis.

Jelasnya lagi, majlis pernikahan kelak akan berlangsung di Kangar namun tarikh masih belum dipastikan.

Dalam pada itu, Azri turut memohon maaf kerana tidak boleh berkongsi gambar di majlis pertunangannya bagi menghormati permintaan keluarga Azra.

Maaf, Ara (Azra) dan keluarga tak izinkan. Tunggu kami kahwin saja.

Ditanya mengenai kontroversi ‘love scam‘ yang didakwa netizen, Azri masih lagi menafikan mengenai perkara itu.

@biznezwomen

Betul orang cakap,masa bercinta cium kentut pon wangi? #fypmalaysia??tiktok #fypindonesia2021 #azri #elliesuriaty

? 1, 2, 3 (feat. Jason Derulo & De La Ghetto) [Sped Up Version] – Sofia Reyes

Kepala otak mereka yang ada elemen scam. Hati tak baik, boleh ‘blah’.

Terdahulu, Azri dan bekas isteri Ellie Suriaty telah sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu setelah 19 tahun hidup bersama.

Beberapa minggu selepas berita penceraian mereka berdua diumumkan, aktor itu kemudian memaklumkan bahawa sedang mengenali seseorang iaitu Azra Diera namun tidak pernah mendedahkan wajah dan identiti wanita itu kepada umum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

azri iskandar azra
3 years ago

Kekasih Azri Iskandar Terus Letak 'Call' Ketika Interview 'Live', Netizen Kata Sah 'Fake Account'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...